Skip to main content

Posts

Surah Al-Kausar

Petikan dari e-mail yang aku terima beberapa lama dahulu :- Surah Al-Kausar adalah Surah yang paling pendek, Surahnya hanya mengadungi 3 ayat dan telah diturunkan di Makkah. Surah ini membawa maksud 'Sungai di Syurga'. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang cukup indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai Surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana ianya telah diturunkan ketika Baginda bersedih di atas kematian dua orang yang Baginda kasihi iaitu puteranya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Di antara kelebihan surah ini yang boleh kita amalkan : Baca Surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita. Seandainya kita kehausan dan tiada air, bacalah Surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan Surah ini sebanyak 10 kali pada mata. Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah Surah ini 10 kali, mudah-...

23 August 2011

Dah beberapa hari tak sempat up-date blog ni, ketandusan idea nampaknya aku semenjak dua menjak ini, mungkin dah tiba mood raya kut. Tapi apa yang menyedihkan ialah sejak kebelakangan ini di dada akhbar kita di sajikan dengan berita-berita yang menyedihkan seperti kemalangan yang meragut nyawa, kes bunuh, terputus jari akibat mercun dan keldai dadah serta kes JAIS. Mengapakah kita semua tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian yang lalu. Nyawa adalah satu anugerah yang paling berharga yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita hamba-hambanya. Tetapi apa yang menyedihkan bila nyawa terbang melayang begitu saja akibat daripada kelalaian kita ataupun orang lain di atas jalanraya dan ada pula ketikanya nyawa di ragut pula dengan pembunuhan yang kejam tanpa perasaan belas kasihan terhadap sesama insan. Menjelang perayaan pula, seringkali terdengar berita anak-anak cedera akibat mercun dan kejadian terbaru melibatkan murid tahun 6 yang tak lama lagi akan menduduki peperik...

Dodol DoDol

21 August 2011. Alhamdulillah semalam aku dah siap mengemas keseluruhan rumah sebagai menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Aku tidak keseorangan kerana kedua putera dan puteri turut membantu meringankan tugasku. Jadi semua table cloth dan perhiasan yang aku beli semasa berkunjung ke Beijing bulan May dulu aku keluarkan. Heeem cantik sekali.....maklumlah beli dari luar-negara dan kualitinya not bad.....walaupun barangan dari China. Selain mengemas, aku anak beranak juga sempat memasak dodol dengan menggunakan pressure cooker yang telah lama aku beli tapi hanya menggunakannya sekali-sekala sahaja. Alhamdulillah, walaupun ini merupakan percubaan pertama aku, tapi dodol yang aku buat itu sunguh enak rasanya dan berkilat cantik sekali. Heem.....masa-masa macam ni rasa tak rugi pula aku membeli pressure cooker tersebut walaupun harganya agak mahal sedikit. Dalam masa 30 minit saja dah siap masak dan dimasukkan ke dalam bekas dan telahpun di agih-agihkan kepada ibu, jiran dan adi...

Hari Raya Dahulu & Sekarang

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Dahulu dan Sekarang bagi aku memang ada bezanya. Masih aku ingat masa aku kecik-kecik dulu, hari raya adalah satu hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh kami adik beradik. Mana tidaknya, aku mempunyai empat orang adik-beradik dan hanya ayah sahaja yang bekerja, jadi sumber pendapatan keluarga datangnya dari ayah yang hanya bekerja sebagai kerani. Kami hidup serba sederhana, ada makan, ada pakai dan ada wang saku untuk ke sekolah. Aku masih ingat masa tu kalau nak makan ayam atau sajian yang special kenalah tunggu hari raya ataupun tunggu ayah dapat gaji ataupun kalau ayah ada wang lebih. Nak beli baju dan kasut baru tu kenalah tunggu hari raya sajalah, itupun raya puasa saja ada pakaian baru raya haji memang tak ada punya, masing-masing akan dapat dua pasang baju, satu baju kurung dan satu lagi baju moden samada seluar jeans ataupun skirt, masa tu memang dah jadi kebiasaan budak-budak perempuan melayu pakai skirt, malah ke sekolah waktu itupun pakai s...

Ramdhan Pergi...Syawal Menghampiri

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya maka Syawal pun sudah hampir mengetuk di daun pintu. Hati pula bercampur aduk di antara suka dan duka...sedih meninggalkan Ramadhan dan gembira pula menyambut kemenangan berpuasa walaupun aku masih merasakan banyak kekurangan dalam aku melayari Ramadhan yang mulia ini. Di corong-corong radio pula hampir semua stesyen radio sudah mula giat memainkan lagu-lagu raya dan ini membuatkan hati sang perantau melonjak-lonjak kegembiraan kerana tak lama lagi akan pulang ke kampung halaman untuk kembali berkumpul bersama-sama mereka-mereka yang di sayangi. Yang pasti gembira tentulah anak-anak, gembira kerana mendapat pakaian baru walaupun membeli pakaian baru tu sudah di anggap biasa tapi bila membeli pakaian baru untuk hari raya feelnya rasa amat berlainan sekali. Selain pakaian baru mereka tentunya gembira kerana mendapat duit raya...ha haa masa inilah anak-anak menjadi OKB (orang kaya baru) untuk seketika, masa tu mulalah mereka membeli sakan deng...

Ramadhan Sudah Hampir Ke Penghujungnya

Hari ini sudah 18 hari kita berpuasa dan di hati aku tertanya-tanya apakah kebaikan dan amalan yang telah aku lakukan sepanjang Ramadhan kali ini. Apakah Ramadhan aku tahun ini sama saja seperti Ramadhan di tahun-tahun sebelumnya. Alangkah sia-sianya seandainya apa yang aku sasarkan tidak dapat aku penuhi pada Ramadhan ini. Apakah aku akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan? Hanya Allah s.w.t saja yang maha mengetahui. Manusia hanya mentadbir dan merancang tapi di tangan Illahi juga segala yang bernama takdir. Ya Allah jadikanlah Ramadhan ini sebagai pembuka jalan untuk diriku dalam mencari keredhaan-Mu Ya Allah. Semoga Engkau tunjukkan aku jalan keluar dan jangan pula Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau kurniakan aku petunjuk. Ameen Ameen Ameen

Nabi Muhammad s.a.w

Semalam hariku berlalu seperti biasa cuma bezanya semalam aku lebih banyak menghabiskan masa dengan kerja luar di Pulau Pinang. Mujurlah dah lebih 2 minggu kita berpuasa jadi keletihan taklah begitu terasa sangat. Semalam akupun tak sempat masak beli saja dari Restoran Hailam. Apa lagi anak-anakpun berseleralah makan sebab yang dibeli semua favourite mereka. Selepas selesai solat dan berehat sambil menonton tv. Dari satu chanel ke satu chanel aku tukar kemudian aku terlihat di kaca tv chanel TV9, "sebentar lagi - Halaqah Sentuhan Qalbu". "Oooh dah lama juga tak berkesempatan tengok rancangan ni," bisik aku di dalam hati. Topik yang di bincangkan oleh pengacara pada malam itu, Nota-Balung Ayam, dari seorang anak muda yang berhijrah untuk mencari dan mengenal dirinya sendiri. Kemudian disusuli pula slot oleh trainer dari ESQ yang setiap kali bila aku dengar pasti akan membuat aku terkedu dan merasa diri kita ini terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kesil...

A MOTHER'S UNCONDITIONAL LOVE

MOTHER'S UNCONDITIONAL LOVE aku tujukan khas untuk kedua-dua putera dan puteri kesayangan aku. Kedua mereka adalah anugerah dari Allah s.w.t yang sungguh bermakna untuk aku. Selepas cinta dan kasih-sayang aku kepada Allah dan Rasulullah, pada merekalah tertumpahnya segala rasa kasih dan sayang aku. Putera dan Puteriku : MY JOB IS TO SUPPORT AND LOVE, AND THAT'S SOMETHING I CAN DO, A MOTHER'S LOVE CAN'T BE UNDONE, IT'S UNCONDITIONAL AND TRUE. WITH ALL MY HEART, I LOVE YOU, HONEY, I'LL NEVER LEAVE YOU ALL ALONE, EVEN WHEN THE LORD SEES FIT, TO TAKE YOUR POOR, OLD MOTHER HOME, MOST OF ALL, I WANT YOU HAPPY, WHICH ONCE WAS SUCH AN EASY THING, BUT NOW YOU MUST FIND IT ON YOUR OWN, AND REAP WHATEVER IT WILL BRING, SO SMILE BABY, LIFE'S HARD ENOUGH, GRAB WHATEVER JOY YOU CAN, AND ALWAYS KNOW YOUR MOTHER LOVES YOU, THOUGH SHE MAY NEVER UNDERSTAND.

Ahad 14 August 2011 bersamaan 14 Ramadhan 1432 (H)

Hari Ahad as usual lepas hantar kedua-dua orang putera dan puteri aku ke sekolah, akupun trus pulang ke rumah dan menjadi 'bibik' yang tak dibayar gaji. Maklumlah dah nak dekat raya so banyaklah kerja yang kena buat dari cuci kipas, buang sawang, mop lantai, lap perabot dan ubah kedudukan perabot dan macam-macam lagilah. Tapi ok juga buat kerja sorang-sorang, walaupun penat tapi happy. Mulutpun tak payah nak pot-pet..bukannya apa kadang-kadang bila minta tolong dengan prince dan princess tu, bukannya serta-merta akan di tolong, paling-paling jawapannya "sat Ummi" favourite word mereka "sat" dalam bahasa kedah means nanti. So mereka punya "sat" tu kadang-kadang berjam-jam sampai kena ulang-ulang memanggil dan menyuruh....habis tu macam-mana mulut tak pot pet.....bila kita pot-pet mereka tak suka pula, tapi begitulah setiap hari, kedua-duanya begitu asyik dengan aktiviti masing-masing. Prince dengan FBnya dan Princess pula dengan remote TVnya m...

Masa Tidak Akan Kembali

Semalam aku sempat meluangkan sedikit masa aku untuk menelefon ibu mertuaku di kampung. Rutin baru yang aku masukkan ke dalam jurnal kehidupanku semenjak kembalinya Arwah Abah ke Rahmatullah. Aku akan pastikan yang aku akan menelefon ibu mertua dua kali seminggu atau setidak-tidaknya sekali seminggu untuk bertanya khabar dan berkongsi cerita. Aku tahu di hati ibu pastinya amat kehilangan arwah abah, pendamping hidupnya hampir 60 tahun. Tak dapat aku nak membayangkan kesedihan yang dia alami kerana aku sendiri yang baru menjadi menantu kepada arwah abah selama 17 tahunpun merasa amat sedih kerana kehilangannya. Rasanya Aidil Fitri pada tahun ini tidak lagi membawa makna apa-apa pada kami sekeluarga. Andainya masa itu bisa kembali pasti aku akan cuba untuk meluangkan lebih banyak waktu untuk bersama Abah dan paling tidak aku pasti akan berusaha untuk pulang ke kampung sekerap yang mungkin agar dapat aku berbual dengan abah dan membawa dia bersiar-siar di tepi tasik Taiping. Sibu...

PERGINYA SEORANG PATRIOT - ALLAHYARHAM HAJI ABDUL RANI MOHD HUSSAIN

Jam 3:00 petang, tanggal 12 Julai 2011, Abah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di No: 645, Jalan Syed Zainal, Pokok Assam, Taiping, Perak. Abah telah pergi untuk selama-lamanya setelah bertahun-tahun lamanya Abah berjuang dengan semangat patriot yang ada padanya untuk terus hidup di samping orang-orang yang amat Abah sayangi. Hari ini genap seminggu Abah telah meninggalkan kami, hati kami masih bersedih mengenangkan pemergian Abah, walaupun kami redha tapi kami redha dalam keterpaksaan. Aku amat rindukan Abah dan aku rasakan aku masih belum mampu untuk menjadi seorang menantu yang baik kepada Abah sepanjang 17 tahun ini. Aku tak berkesempatan untuk memohon maaf dari Abah untuk kali terakhirnya untuk setiap dosa-dosa yang mungkin telah aku lakukan tanpa aku sendiri sedari dan mungkin pula menyinggung perasaan Abah. Hatiku sedih bila mengenangkan yang aku juga tidak mampu untuk mengembirakan hati Abah di saat-saat akhir hayatnya. Masih terlalu banyak ...

Mee Kari Ala-ala Nyonya - Belajar dari dapurkakjee.com

Semenjak dua menjak aku selalu juga intai-intai dan baca tulisan-tulisan kak jee dekat blog dia dapurkakjee.com. Banyak cerita dan banyak juga resepi yang kak jee kongsikan kat situ. Baru ini aku secara tak sengaja telah melihat resepi mee kari ala nyonya yang kak jee kongsikan di situ. Apa lagi bila melihat gambarnya saja dah rasa teliur....jadi petang itu balik saja dari kerja terus singgah ke kedai dan mendapatkan semua bahan-bahan yang diperlukan. Selama ini aku sering juga memasak mee kari kerana masakan itu memang aku punya specialitist, aku belajar semasa berkunjung ke Kuantan, dah lama dah. Sebaik saja selesai memasak, adikpun tolonglah aku menghidang. Hubby dan abang pula as usual ke padang golflah tempat mereka. Selesai solat kamipun menikmatilah mee kari yang pertama kali aku cuba itu. Aku tak cakap apa-apa pada hubby tapi dia tiba-tiba bersuara,"Ni macam mee kari ipoh saja, sedap..!' Akupun dengan bangganya terus menjawab resepi baru jumpa kat blog Fauzi...

40 WISE TIPS FOR AN EXCEPTIONAL LIFE

[Just sharing - Quoted from Linda Miller (LOA Secrets)] 1. Take a 10-30 minute walk everyday and while you walk, smile. It is the ultimate anti dpressant 2. Sit in silence for at least 10 minutes each day. 3. Buy a DVR, tape your late night shows and get more sleep. 4. When you wake-up in the morning complete the following statement: "my purpose is to ..................today" 5. Live with the 3 E's-- Energy, Enthusiasm and Empathy.... 6. Watch more movies, play more games and read more books than you did last year 7. Make time to practice meditation and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives. 8. Spend more time with people over the age of 70 and under the age of 6 9. Dream more while you are awake 10.Eat more foods that grow on tress and plants and eat fewer foods that are not. 11 Drink plenty of water 12 Try to make at least three people smile each day 13 clear your clutter from your house, your car, your desk and let new and f...

PGM @ Harvard Golf Resort, Bedong Kedah (18-21 April 2011)

Walaupun telah lama putera aku Muhammad Irfan Harraz berkecimpung dan terlibat secara serius dalam arena GOLF namun inilah kali pertama dia menyertai pertandingan GOLF anjuran PGM yang melibatkan golongan PRO di Malaysia. Walau bagaimanapun kelebihan bermain di home course tidak menyebelahinya. Pada hari pertama, 18 April 2011 catatan score amat mengejutkan iaitu 85. Aku sendiri terkejut, tapi aku tahu dia telah mencuba sebaik yang mungkin. Bila aku tanya "kenapa?" jawapan darinya. "Umi, abang ketaqlah sampai hole no 9". Aku faham ini kali pertama dia terlibat dengan kumpulan PRO yang sedang dan telah mencipta nama dalam bidang GOLF di Malaysia amnya. Pada hari kedua pencapaiannya adalah lebih baik dengan catatan score 78, walaupun +6 tetapi lebih baik dari hari pertama. Walaupun tidak dapat melayakkan diri ke final round tapi aku dan suami tetap berbangga kerana ini adalah pertandingan besar bagi dirinya dan setidak-tidaknya aku tahu dia telah mencuba. S...

SHE WHO IS MY DAUGHTER ..................................!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SHE WHO IS MY DAUGHTER ......... " I loved you from the moment I saw you, In you I saw all my hopes and dreams, For the future begin to blossom, I tried to teach you to believe in yourself, I gave you wings, And taught you how to fly the best I could, When the day came for you to solo, You spread your magnificent wings and soared, With our shared dreams, yet separate aspirations, You became everything I hoped a daughter to be, How grateful I am that, Regardless of time or distance, You are still and will always be my daughter !!!!!!!

KEJOHANAN GOLF MSSM 2011, KGSAAS 15 - 17 MARCH 2011

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan yang sentiasa menjadi debaran kepada si putera hati Umi, Muhammad Irfan Harraz bin Razanan. Segala penat-lelah dan pengorbanan si putera akhirnya terbalas apabila pasukan di bawah umur 18 tahun dari Negeri Jelapang Padi Kedah telah dinobatkan mendapat tempat Ke 2 pada kejohanan ini, Alhamdulillah. Insyaallah masih banyak lagi yang harus di rancang dan latihan harus juga di pertingkatkan untuk mempersiapkan diri bagi melayakkan diri untuk menyertai tournament yang lebih besar dan mencabar di masa akan datang. Namun Umi yakin dengan semangat yang kental dan tidak takut untuk menyahut cabaran Insyaallah, Abang pasti dapat melaluinya dengan mudah. Tahniah daripada Ummi, Abah, Adik yang pastinya akan mendokong setiap usaha Abang dalam mengejar cita-cita Abang....' "Kedah Boleh", Irfan Boleh.......

Aduhhhhhh AYAH Demam Lagi....!

Ayah aku demam lagi...dah hampir dua minggu keadaan ayah begitu. Siang nampak ok walaupun tak berapa sihat tapi bila malam saja mula mengeletar seluruh badan. Bila antibody sudah semakin berkurang, maka begitulah jadinya......lebih-lebih lagi di usia emas Ayah. Atas kehendak Allah cuaca juga tidak menentu sekejap panas dan sekejap pula hujan.....Tapi walau apapun kita kenalah juga bersyukur kerana Allah pernah memberikank kita masa sihat dan dia juga yang mengurniakan kepada kita masa sakit. Apa nak kata lagi, kenalah terus makan dan makan ubat walaupun dah hampir empat klinik yang dikunjungi..... Insyaallah semoga Ayah cepat sembuh hendaknya.