Skip to main content

Posts

MSSK 2012 @ Kulim Golf Resort

Alhamdulillah selesai sudah cabaran yang sangat-sangat dinantikan oleh sang putera kesayangan iaitu Kejohanan GOLF MSSK 2012 pada 15 dan 16 Februari 2012 di Kulim Golf Resort. Aku dan suami walaupun meletakkan sasaran yang agak tinggi terhadap sang putera namun ianya tidak disampaikan secara terus memandangkan kami tidak mahu dia merasa stress. Di hati aku yakin Sang Putera pasti akan menjuarai kategori bawah 18 tahun dan Alhamdulillah, betapa besarnya Rahmat Allah s.w.t, hasrat ini dikabulkan sesuai dengan permintaan kami suami-isteri. TAHNIAH untuk MUHAMMAD IRFAN HARRAZ BIN RAZANAN kerana telah bermain dengan baik pada kedua-dua hari tersebut dengan score yang sangat baik juga iaitu 75 pada hari pertama dan 74 pada hari kedua. Di saat sang putera memberikan ucapan, hatiku agak tersentuh kerana di saat kejayaan sang putera masih ingat akan jasa dan pengorbanan kami sebagai ayah dan ibunya terhadap semua kejayaannya semenjak menceburi permainan GOLF secara serious. Alhamdulil...

AKU BERSUMPAH, AKU KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

ALHAMDULILLAH !!!!!!!!!! syukur kerana akhirnya Allah swt telah mempermudah bagi diriku untuk menghadiri satu seminar yang betul-betul telah membuka minda aku. Aku percaya dengan ilmu, semangat dan keyakinan diri yang baru ini aku berhak menjadi Kaya dan Berjaya bagi menambah nilai untuk kehidupan orang lain. Semua ilmu yang dikongsi oleh Dr Azizan selama tiga hari itu sungguh bermakna buat diri aku, malah aku dapat merasakan betapa ikhlasanya dan betapa bersungguhnya DAO untuk melihat lebih ramai jutawan tumbuh di bumi bertuah ini. Tak mungkin ada seseorang multi-milionaire yang mungkin sanggup bersusah-payah seperti beliau untuk menaik-tarafkan kehidupan orang lain, tapi Alhamdulilla prinsip beliau "The more you give and the more you get" telah berjaya meletakkan diri DAO di tempat yang selayaknya untuk beliau. Selain itu DAO juga menekankan kepada semua peserta untuk kaya dan berjaya adalah penting untuk kita menjaga perhubungan, bukan setakat perhubungan di ant...

Doa Seorang Isteri dan Seorang Ibu Untuk Suami dan Ahli Keluarganya

Hari ini aku ingin kongsikan sebuah doa yang pernah aku baca dari salah sebuah blog sejak beberapa lama dulu dan semenjak itulah aku pasti menjadikan doa ini di antara doa-doa favourite aku. Walau bagaimanapun Aku mohon maaf kerana aku sudah lupa linknya...dan apakah nama blognya. Walau bagaimanapun terima kasih dan semoga pemilik blog itu sentiasa akan di Rahmati Allah dan di permudahkan segala urusannya, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.. Amin BISMILLAHHIROHMANNIRROHIM 'Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih ada dilangit maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertahan didasar bumi hanya Engkaulah yg mampu mengeluarkannya. Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suamiku agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia & di akhirat.' ‘Ya Allah, jadikanlah hari ini sebagai pembuka pintu rezeki, pintu keberkahan, pintu kebaikkan, pintu nikmat, pintu kesabaran, pintu kekua...

Arrival @ Terminal 3 Soekarno Hatta Jakarta

Kami anak-beranak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 8:50 pagi dan tiba di Jakarta 2 jam kemudiannya. Waktu Indonesia adalah lewat 1 jam dari Malaysia. Keadaan di Lapangan Terbang T3 Soekarno Hatta Jakarta pada pagi itu tidaklah begitu sesak, oleh itu urusan Imigresen dan Kastam di Lapangan Terbang berjalan lancar. Turut menyertai kami ke Jakarta ialah sahabat baik kami iaitu Encik Sidek beserta isteri serta mertuanya dan Encik Wan Hazim yang pergi sendirian tanpa ditemani keluarga memandangkan anak-anaknya masih lagi kecil. Walau bagaimanapun kami berpisah dengan mereka di Lapangan Terbang itu kerana arah serta tujuan kami berbeza. Mereka dari sejak awal lagi sudah merancang untuk bermain golf di Bogor dan Bandung, manakala kami pula hanya menghabiskan percutian kami di Jakarta sahaja dan tiada perancangan untuk bermain golf. Walaupun si putera dan suami aku agak keciwa kerana tidak dapat bermain golf di Indonesia pada kali ini tapi Insyaa...

Liburan di Jakarta - Penang International @ Jakarta Soekarno

Akhirnya perancangan yang telah dibuat sejak Jun 2011 untuk bercuti ke Jakarta bersama keluarga dapat direalisasikan. Alhamdulillah pada tanggal 2 Disember 2011, berangkatlah kami sekeluarga dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Jakarta Soekarno, Jakarta dengan menaiki pesawat Airbus Air Asia QZ 7669. Penerbangan mengambil masa selama 2 jam 20 minit. Terpancar keriangan di wajah putera dan puteri kesayangan takkala menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Sesampainya di negara orang aku merasa amat bersyukur kerana tinggal di bumi bertuah MALAYSIA...... Tunggu untuk coretan selanjutnya......

Bahagiakah Kita ??????

Semalam sewaktu aku sibuk mengemas timbunan majalah lama, sempat juga aku secara random membelek isi-isi kandungan yang menarik dan ada satu artikel yang menarik perhatian aku, ianya tentang ...... "KEBAHAGIAAN". Wah....lantas aku terfikir, 'Bahagiakah Hatiku Ini?'...'Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagiaan... 'Dimana dan bagaimanakah kita mencari kebahagiaan....'Apakah pula yang dapat kita jadikan pengukur sesebuah kebahagiaan itu?' Satu persatu soalan ini menerjah ke dalam kotak mindaku bagi mencari jawapan untuk diriku sendiri....BAHAGIAKAH AKU???? Ya..aku akui kebahagiaan itu adalah berbeza untuk setiap individu...ada orang yang hidup dalam serba kemewahan dan memiliki semua yang yang menjadi idaman dan keinginan setiap individu...tapi Bahagiakah mereka? Ada pula yang hidup melarat dalam serba kedaifan tapi mereka itu pula sungguh bahagia. Aneh....kan....itulah hakikat kehidupan....keperluan dan keinginan kita tak mungkin selari dengan ...

DEMI MASA

Boring...bosan.....letih......terlalu banyak kerja di pejabat dan tak pernah habis pula tugas sebagai isteri dan ibu di rumah. Tak habis-habis dengan urusan kerja pejabat dan urusan rumahtangga, sehinggakan tak punya masa untuk memanjakan diri sendiri dan tak punya peluang dan ruang untuk melakukan sesuatu yang sangat aku gemari. Malah untuk meluangkan masa untuk berblog juga amat terhad dan terbatas. Setiap saat hanya memikirkan untuk menyempurnakan hasrat orang lain di pejabat dan suami serta anak-anak dirumah....tapi siapakah pula yang akan menyempurnakan hasrat diri ku ini. Sewaktu membelek-belek sebuah buku oleh Sean Covey aku terpaku dengan kata-kata yang telah ditulisnya dalam salah satu helaian mukasurat di buku tersebut :- To realize the value of ONE YEAR, Ask a student who failed his or her final exam. To realize the value of ONE MONTH, Ask a mother who gave birth to a premature baby. To realize the value of ONE WEEK, Ask an editor of a weekly magazine. To realize...

I MISS YOU ABAH

Alfatihah untuk ayahanda Haji Abd Rani bin Md Hussain. Tanggal 12 October 2011, maka genaplah tiga bulan arwah Abah pergi menghadap Allah swt dan semenjak Abah meninggalkan kami pada 12 July 2011, tak ada satu haripun yang aku lalui tanpa tidak mengingati Abah. Aku sangat-sangat rindukan Abah dan walaupun aku hanyalah seorang menantu tapi aku merasa amat kehilangan Abah. Selama 17 tahun menjadi menantu kepada Abah, aku dapat merasakan yang diri aku di tatang sebagai minyak yang penuh, Abah begitu menyayangi aku dan juga sangat sayangkan Abah, tapi takdir telah menentukan di saat Abah menghembuskan nafas yang terakhir aku tiada di sisi Abah. Aku juga terkilan kerana beberapa bulan sebelum Abah menghadap Illahi aku juga terlalu disibukkan dengan urusan harianku sehinggakan aku dan suami tidak punya waktu untuk disisakan untuk menziarahi Abah. Jauh di sudut hati aku amat menyesal dengan sikap kami suami-isteri tapi penyesalan itu tak dapat merubah ketentuan takdir Allah. Ya Allah a...

Kata-kata Hikmah Oleh Ralph Marston

Di kongsikan di sini kata-kata hikmah yang aku petik dari salah satu e-mail yang aku terima beberapa tahun dahulu dan sayangnya e-mail tu mungkin aku dah delete tapi kebiasaannya bila aku temui petikan kata-kata yang indah atau menarik aku pasti akan copy dan simpan dalam folder sebagai sumber rujukan untuk memotivasikan diri aku sendiri. WHAT YOU TELL YOURSELF MOST FREQUENTLY, YOU WILL BELIEVE WHAT YOU TRULY BELIEVE, YOU WILL INCORPORATE INTO EVERY ASPECT OF YOUR LIFE IT DOESN'T MATTER IF IT IS OBJECTIVE TRUE OR NOT WHAT YOU CONTINUE TO TELL YOURSELF, DAY AFTER DAY, BECOMES TRUE FOR YOU AND HAS A PROFOUND EFFECT ON YOUR LIFE GREAT POER LIVES IN THE FACT THAT YOU CAN CHOOSE WHAT TO TELL YOURSELF, AGAIN AND AGAIN, IN THE THOUSANDS OF MOMENTS THAT MAKE UP EACH DAY. WITH FOCUS AND INTENTION, YOU CAN UPGRADE YOUR BELIEFS ABOUT YOURSELF YOU CAN UPGRADE YOUR BELIEFS ABOUT WHAT IS POSSIBLE FOR YOUR AND BY DOING SO, YOU WILL IN FACT EXPAND YOU ACCESS TO THE VERY BEST OF YOU POSSI...

Thank You ALLAH For All The Blessings I Have & For All The Blessings I Am Receiving

Dah lama juga aku tak sempat nak update blog aku ni, tak tahulah terasa macam setiap hari aku ni tak cukup masa saja nak update blog aku ni, tapi apa yang pasti ialah aku tetap akan berkunjung ke blog aku ni dan Alhamdulillah dari ke hari sudah ada juga insan-insan yang sudi berkunjung ke blog aku ni dan Alhamdulillah aku juga kerana ada yang sudi untuk menjadi follower. Terima kasih untuk semua. Hari ini idea tak begitu mengalir tapi aku hanya ingin untuk berkongsi doa-doa harian yang sering aku amalkan di waktu solat dan juga di luar waktu solat. Semoga ianya akan membawa manafaat kepada kita semua. YA ALLAH JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBANAN YANG BERAT SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMI YA ALLAH JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG KAMI TIDAK DAYA MEMIKULNYA DAN MAAFKANLAH KESALAHAN KAMI AMPUNKAN DOSA KAMI DAN RAHMATILAH KAMI Amin. YA ALLAH AMPUNILAH DAKU RAHMATILAH DAKU KAYAKAN DAKU ANG...

La Tahzan - Jangan Bersedih

La Tahzan - Jangan Bersedih. Itulah tajuk buku yang sangat aku gemari tapi entah kenapa semenjak dua tiga hari ini aku merasa sangat sedih dan aku sendiri tak tahu kenapa. Terasa sunyi, terasa kosong dan hambar. Aku tak tahu bagaimana untuk mengambarkannya dengan kata-kata dan aku juga tak tahu bagaimana untuk mengungkapkannya dengan perkataan, apa yang aku tahu ialah aku sangat sedih. Ya Allah, Ampunilah Aku, Rahmatilah Daku, Kayakan Daku, Angkatlah Darjatku, Rezekikan Daku, Berilah Aku Hidayah, Sihatkanlah Aku dan Maafkanlah Aku. Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dan tenangkanlah hati ini. Ameen

22 Syawal 1432

Sungguh pantas masa berlalu meninggalkan kita, hari ini 22 Syawal 1432H bererti hanya seminggu sahaja lagi syawal hampir melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita. Namun setiap hari di sana-sini kita masih lagi menerima jemputan untuk open-house yang ada ketikanya tak sempat untuk dipenuhi dek sibuk dengan rutin harian yang tidak mengizinkan. Betapa bersyukurnya kita di bumi bertuah ini yang begitu mewah dengan makanan dan kita masih lagi berkesempatan untuk menyambut kedatangan Aidil Fitri dengan begitu meriah sekali, jika di bandingkan dengan negara-negara lain yang semakin meruncing dengan kemelut politik, keganasan dan juga kekurangan makanan. Subhanallah aku bersyukur kepadamu Ya Allah. Semoga Syawal kali ini meninggalkan kita dengan seribu kenangan-kenangan yang indah yang akan kekal di lipatan sejarah hidup kita untuk selama-lamanya. Ini adalah kali pertama aku dan suami menyambut kedatangan Aidil Fitri tanpa insan tersayang di sisi iaitu Almarhum Haji Abd Rani. I re...

Surah Al-Kausar

Petikan dari e-mail yang aku terima beberapa lama dahulu :- Surah Al-Kausar adalah Surah yang paling pendek, Surahnya hanya mengadungi 3 ayat dan telah diturunkan di Makkah. Surah ini membawa maksud 'Sungai di Syurga'. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang cukup indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai Surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana ianya telah diturunkan ketika Baginda bersedih di atas kematian dua orang yang Baginda kasihi iaitu puteranya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Di antara kelebihan surah ini yang boleh kita amalkan : Baca Surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita. Seandainya kita kehausan dan tiada air, bacalah Surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan Surah ini sebanyak 10 kali pada mata. Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah Surah ini 10 kali, mudah-...

23 August 2011

Dah beberapa hari tak sempat up-date blog ni, ketandusan idea nampaknya aku semenjak dua menjak ini, mungkin dah tiba mood raya kut. Tapi apa yang menyedihkan ialah sejak kebelakangan ini di dada akhbar kita di sajikan dengan berita-berita yang menyedihkan seperti kemalangan yang meragut nyawa, kes bunuh, terputus jari akibat mercun dan keldai dadah serta kes JAIS. Mengapakah kita semua tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian yang lalu. Nyawa adalah satu anugerah yang paling berharga yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada kita hamba-hambanya. Tetapi apa yang menyedihkan bila nyawa terbang melayang begitu saja akibat daripada kelalaian kita ataupun orang lain di atas jalanraya dan ada pula ketikanya nyawa di ragut pula dengan pembunuhan yang kejam tanpa perasaan belas kasihan terhadap sesama insan. Menjelang perayaan pula, seringkali terdengar berita anak-anak cedera akibat mercun dan kejadian terbaru melibatkan murid tahun 6 yang tak lama lagi akan menduduki peperik...

Dodol DoDol

21 August 2011. Alhamdulillah semalam aku dah siap mengemas keseluruhan rumah sebagai menyambut hari lebaran yang bakal tiba. Aku tidak keseorangan kerana kedua putera dan puteri turut membantu meringankan tugasku. Jadi semua table cloth dan perhiasan yang aku beli semasa berkunjung ke Beijing bulan May dulu aku keluarkan. Heeem cantik sekali.....maklumlah beli dari luar-negara dan kualitinya not bad.....walaupun barangan dari China. Selain mengemas, aku anak beranak juga sempat memasak dodol dengan menggunakan pressure cooker yang telah lama aku beli tapi hanya menggunakannya sekali-sekala sahaja. Alhamdulillah, walaupun ini merupakan percubaan pertama aku, tapi dodol yang aku buat itu sunguh enak rasanya dan berkilat cantik sekali. Heem.....masa-masa macam ni rasa tak rugi pula aku membeli pressure cooker tersebut walaupun harganya agak mahal sedikit. Dalam masa 30 minit saja dah siap masak dan dimasukkan ke dalam bekas dan telahpun di agih-agihkan kepada ibu, jiran dan adi...

Hari Raya Dahulu & Sekarang

Kemeriahan Sambutan Hari Raya Dahulu dan Sekarang bagi aku memang ada bezanya. Masih aku ingat masa aku kecik-kecik dulu, hari raya adalah satu hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh kami adik beradik. Mana tidaknya, aku mempunyai empat orang adik-beradik dan hanya ayah sahaja yang bekerja, jadi sumber pendapatan keluarga datangnya dari ayah yang hanya bekerja sebagai kerani. Kami hidup serba sederhana, ada makan, ada pakai dan ada wang saku untuk ke sekolah. Aku masih ingat masa tu kalau nak makan ayam atau sajian yang special kenalah tunggu hari raya ataupun tunggu ayah dapat gaji ataupun kalau ayah ada wang lebih. Nak beli baju dan kasut baru tu kenalah tunggu hari raya sajalah, itupun raya puasa saja ada pakaian baru raya haji memang tak ada punya, masing-masing akan dapat dua pasang baju, satu baju kurung dan satu lagi baju moden samada seluar jeans ataupun skirt, masa tu memang dah jadi kebiasaan budak-budak perempuan melayu pakai skirt, malah ke sekolah waktu itupun pakai s...

Ramdhan Pergi...Syawal Menghampiri

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya maka Syawal pun sudah hampir mengetuk di daun pintu. Hati pula bercampur aduk di antara suka dan duka...sedih meninggalkan Ramadhan dan gembira pula menyambut kemenangan berpuasa walaupun aku masih merasakan banyak kekurangan dalam aku melayari Ramadhan yang mulia ini. Di corong-corong radio pula hampir semua stesyen radio sudah mula giat memainkan lagu-lagu raya dan ini membuatkan hati sang perantau melonjak-lonjak kegembiraan kerana tak lama lagi akan pulang ke kampung halaman untuk kembali berkumpul bersama-sama mereka-mereka yang di sayangi. Yang pasti gembira tentulah anak-anak, gembira kerana mendapat pakaian baru walaupun membeli pakaian baru tu sudah di anggap biasa tapi bila membeli pakaian baru untuk hari raya feelnya rasa amat berlainan sekali. Selain pakaian baru mereka tentunya gembira kerana mendapat duit raya...ha haa masa inilah anak-anak menjadi OKB (orang kaya baru) untuk seketika, masa tu mulalah mereka membeli sakan deng...

Ramadhan Sudah Hampir Ke Penghujungnya

Hari ini sudah 18 hari kita berpuasa dan di hati aku tertanya-tanya apakah kebaikan dan amalan yang telah aku lakukan sepanjang Ramadhan kali ini. Apakah Ramadhan aku tahun ini sama saja seperti Ramadhan di tahun-tahun sebelumnya. Alangkah sia-sianya seandainya apa yang aku sasarkan tidak dapat aku penuhi pada Ramadhan ini. Apakah aku akan bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan? Hanya Allah s.w.t saja yang maha mengetahui. Manusia hanya mentadbir dan merancang tapi di tangan Illahi juga segala yang bernama takdir. Ya Allah jadikanlah Ramadhan ini sebagai pembuka jalan untuk diriku dalam mencari keredhaan-Mu Ya Allah. Semoga Engkau tunjukkan aku jalan keluar dan jangan pula Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau kurniakan aku petunjuk. Ameen Ameen Ameen

Nabi Muhammad s.a.w

Semalam hariku berlalu seperti biasa cuma bezanya semalam aku lebih banyak menghabiskan masa dengan kerja luar di Pulau Pinang. Mujurlah dah lebih 2 minggu kita berpuasa jadi keletihan taklah begitu terasa sangat. Semalam akupun tak sempat masak beli saja dari Restoran Hailam. Apa lagi anak-anakpun berseleralah makan sebab yang dibeli semua favourite mereka. Selepas selesai solat dan berehat sambil menonton tv. Dari satu chanel ke satu chanel aku tukar kemudian aku terlihat di kaca tv chanel TV9, "sebentar lagi - Halaqah Sentuhan Qalbu". "Oooh dah lama juga tak berkesempatan tengok rancangan ni," bisik aku di dalam hati. Topik yang di bincangkan oleh pengacara pada malam itu, Nota-Balung Ayam, dari seorang anak muda yang berhijrah untuk mencari dan mengenal dirinya sendiri. Kemudian disusuli pula slot oleh trainer dari ESQ yang setiap kali bila aku dengar pasti akan membuat aku terkedu dan merasa diri kita ini terlalu banyak dosa dan terlalu banyak kesil...

A MOTHER'S UNCONDITIONAL LOVE

MOTHER'S UNCONDITIONAL LOVE aku tujukan khas untuk kedua-dua putera dan puteri kesayangan aku. Kedua mereka adalah anugerah dari Allah s.w.t yang sungguh bermakna untuk aku. Selepas cinta dan kasih-sayang aku kepada Allah dan Rasulullah, pada merekalah tertumpahnya segala rasa kasih dan sayang aku. Putera dan Puteriku : MY JOB IS TO SUPPORT AND LOVE, AND THAT'S SOMETHING I CAN DO, A MOTHER'S LOVE CAN'T BE UNDONE, IT'S UNCONDITIONAL AND TRUE. WITH ALL MY HEART, I LOVE YOU, HONEY, I'LL NEVER LEAVE YOU ALL ALONE, EVEN WHEN THE LORD SEES FIT, TO TAKE YOUR POOR, OLD MOTHER HOME, MOST OF ALL, I WANT YOU HAPPY, WHICH ONCE WAS SUCH AN EASY THING, BUT NOW YOU MUST FIND IT ON YOUR OWN, AND REAP WHATEVER IT WILL BRING, SO SMILE BABY, LIFE'S HARD ENOUGH, GRAB WHATEVER JOY YOU CAN, AND ALWAYS KNOW YOUR MOTHER LOVES YOU, THOUGH SHE MAY NEVER UNDERSTAND.