Skip to main content

Posts

Ramadhan Datang Lagi

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberikan aku sekali lagi kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. Semoga Engkay memberikan aku kesempatan untuk mempertingkatkan lagi amalan-amalanku yang aku kira masih terlalu sedikit untuk aku jadikan bekalan menemuiMu bila saat aku dijemput olehMu nanti. Ya Allah berilah aku kekuatan dan bukakanlah pintu hatiku dan Engkau lembutkanlah hatiku agar aku mampu menjadi hambamu yang taat pada setiap perintahmu Ya Allah. Ya Allah kurniakanlah aku dengan Rahmatmu kerana sesungguhnya Engkau maha pengurnia dan janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau berikan aku petunjuk. Ameen Ameen Ya Rabbil A'lamnin

Selamat Hari Jadi Buat Puteri Kesayangan Bonda

"Selamat Hari Jadi, Buat Puteri Tunggal Kesayangan Bonda". Sayang kini usiamu telah menjangkau 12 tahun dan bonda berharap dan berdoa agar anakanda akan membesar menjadi seorang yang sihat dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Semoga segala impian anakanda akan dikabulkan Allah s.w.t dan semoga impian anakanda akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Terasa masih belum puas memeluk dan membelai anakanda dan kini anakanda sudah besar malah hampir sama tinggi dengan bonda, cepat sungguh masa berlalu. Sewaktu anakanda di lahirkan 12 tahun yang lalu bonda begitu gembira kerana anakanda telah menjadi pelengkap kepada keluarga kita. Nenda sebelah bonda pula sungguh gembira kerana anakanda merupakan cucunda perempuan yang pertama bagi mereka, maka segala kasih-sayang tertumpah kepada anakanda. Pelbagai kenangan dan pengalaman yang telah bonda dan ayahanda lalui sewaktu membesarkan anakanda dan ternyata semua kenangan dan pengalaman itu adalah kenangan dan pengalaman yang...

E-Book MAGNET REZEKI

Ianya adalah sebuah buku yang seharusnya dimiliki oleh semua orang yang ingin merubah kehidupan mereka. Informasi yang telah dikongsikan di dalamnya telah di tulis dengan begitu teliti. Tidak rugi melabur untuk sesuatu ilmu yang bermanafaat.

HAPPY ANNIVERSARY TO ME......

Pejam celik, pejam celik baru terasa begitu pantas masa berlalu. Esok tanggal 4 June 2010 genaplah 16 tahun aku melayari bahtera rumah-tangga bersama suami yang begitu baik, penyayang dan terlalu prihatin. Aku memang sangat bertuah kerana Allah telah mempertemukan jodoh yang paling baik dan sesuai untukku. Walaupun ada kalanya rumah-tangga kami berkocak namun ianya aku anggap sebagai asam-garam dalam berumah-tangga. Itu semua hanyalah ujian untuk menguji sejauh manakah utuhnya kasih-sayang di antara kami. Tak ada kapal yang tidak dilambung ombak....kita sebagai nakhodanya jadi hanya kita yang tahu ke manakah arahnya yang ingin kita tuju. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah atas kurniaanmu ke atas diriku, seorang suami yang baik dan dua orang permata hati yang sungguh comel yang telah melengkapkan hidupku. Ameen

Artikel untuk Buaya Golf - Kegilaan Pemain Golf

KEGILAAN PEMAIN GOLF. Begitulah tajuk yang aku berikan kepada sebuah artikel yang pernah aku tulis dan kirimkan kepada Editor Majalah Buaya Golf hampir enam bulan yang lalu. Hari ini sewaktu membelek e-mail yang aku terima, tiba-tiba mata aku terpaku melihat e-mail dari editor@buayagolf .... Alhamdulillah mereka akan mengedit tulisanku untuk dimuatkan dalam ruangan surat dari pembaca..aku merasa sungguh gembira...kerana selama ini aku sangkakan yang artikel yang aku tulis itu tidak bermutu untuk di muatkan di dalam majalah mereka...Ameen. Semoga tuhan makbulkan impianku untuk menjadi penulis bebas yang berjaya satu hari nanti. Insyaallah. Inilah artikel yang telah aku tulis dan kirimkan ke majalah Buaya Golf. KEGILAAN PERMAINAN GOLF Satu ketika dahulu apabila mendengar orang bercakap tentang sukan golf, pastinya perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran aku ialah, ianya permainan untuk golongan elit ataupun ahli-ahli korporat dan mereka-mereka yang mempunyai status da...

Dengarlah Diari

Dah lama juga ya, aku tak bercerita kepadamu wahai Diari... tentang kisah suka, duka dan pengalaman pahit dan manis yang aku lalui setiap hari. Tak tahulah samada aku ini benar-benar sibuk ataupun saja buat-buat sibuk dan kadang-kadang aku sendiripun tak faham apa yang aku sibukkan tu....yang aku tahu aku sangat sibuk dan tak cukup masa...."mengalahkan PM pula aku nikan". Minggu lepas aku sibuk dengan harijadi Abang dan Ayahanda. Minggu sebelumnya pula sibuk dengan harijadi bonda. Jumaat lepas pula aku kurang sihat, biasalah orang perempuan....' Hari Sabtu pula sibuk dengan appointment kat Salun kat Siti...anak-beranak dengan facialnya. Hari Ahad pula berhempas-pulas di rumah, akulah emak dan aku jugalah orang-gaji. Semua kerja rumah perlu dibereskan, daripada kain-baju hinggalah segala-galanya aku sajalah yang dipertanggung-jawabkan. Dulu aku ingat bila anak-anak dah besar-panjang, ringanlah sikit tanggung-jawab sebab ada yang membantu tapi sebaliknya pula, sema...

Selamat Hari Jadi Sayang

Selesai saja solat Suboh,seperti hari-hari kebiasaannya, aku mula sibuk menyiapkan diri untuk bergegas ke tempat kerja. "Kenapa ya, sejak seminggu dua ni, aku asyik lambat saja bertolak ke tempat kerja?", "Hari ini aku kena cepat, dah letih tergopoh-gapah setiap pagi", bisik hati kecilku. Sebelum ini aku akan pastikan yang aku akan sampai ke tempat kerja sebelum jam 8:10 pagi dan aku punya sekurang-kurangnya 20 minit untuk bersantai sebelum jam pada mesin 'punch-card' berdering sebagai tanda bermulanya waktu bertugas iaitu 8:30 pagi. Dalam pada aku sedang asyik melayani mindaku yang sedang mencari jawapan tentang kelewatanku bertolak setiap hari ke tempat kerja sejak akhir-akhir ini. Tiba-tiba saja lamunanku itu tersentak, dalam keadaan aku yang sedang tergopoh-gapah untuk memastikan yang aku tidak lewat lagi pada hari itu, aku terdengar suara si puteri memanggil-manggil namaku dari dalam biliknya dengan pertanyaan cepumasnya bertanyakan kepadaku..."Umi...

My Teenage CHAMP

Dah lama tak membuka blog ini dan dah lama juga tak pernah menulis. Hai...macam mana nak jadi freelance writer ya...kalau nak update blog sendiripun "MALAS". Jawapan paling standard ialah "BZ" tapi tak taulah betul-betul "BZ"kah atau "BZbody"...' Bila baca blog Siti Fatimah hati rasa sungguh teruja...wah begitu banyak hasil tulisannya..tak tau bila aku boleh jadi seperti dia. Walaupun dia pernah menasihatiku "Tulis, Tulis dan Menulis, Insyaallah pasti boleh..." tapi bagi aku yang mood menulis seperti air yang pasang surut ni, janji tinggal janji sajalah nampaknya. Hari ini aku ingin kongsikan tentang pengalaman kami sekeluarga semasa putera aku terpilih mewakili negeri Kedah untuk kejohanan GOLF MSSM di Seremban Internation Golf & Country Club pada 16 hingga 18 March 2010 yang lepas. Ini merupakan pertandingan GOLF paling besar dan penting yang pernah dia ceburi sepanjang pembabitannya dalam sukan GOLF ini. Bagi aku dan...

LUASNYA AMPUNAN DAN RAHMAT TUHAN

“BERDOALAH KAMU KEPADAKU, NESCAYA AKAN KU PERKENANKAN BAGIMU” – (Terjemahan Surah Al-Mu’minun Ayat 60) Terjemahan Surah Al-Mu’minun Ayat 60 di atas telah merubah seluruh kehidupanku dan telah kembali mendekatkan diriku kepada Dia Yang Maha Esa. Kini sudah hampir dua tahun terjemahan daripada Surah itu telah membawa aku untuk berhijrah kedunia baru yang lebih baik, lebih indah, lebih damai dan sungguh menenangkan. Alhamdulillah, kini aku telah kenal erti kedamaian dan aku juga telah temui erti kebahagiaan yang hakiki. Pada usia yang hampir menjangkau 35 tahun, aku akui memang aku adalah seorang yang lalai dalam mengerjakan suruhanNya yang satu ini, iaitu SOLAT. Aku tidak pernah meninggalkan atau mengabaikan suruhannya yang lain seperti puasa, bersedekah dan berbuat-baik sesama manusia dan makhluk, tetapi aku sering menganggap bahawa Solat itu adalah sesuatu yang sangat berat untukku laksanakan, sibuk ataupun tak sempat adalah di antara alasan yang sering aku berikan pada diri...

Kekuatan Itu Terletak di Hati

Aku baru saja membeli buku "Pengalaman Adalah Guru Terbaik" tetapi masih belum sempat aku baca. Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang aku lalui dan memerlukan perhatian aku. Kadang-kadang terasa tidak tertanggung juga dek tubuh aku ini tetapi aku masih ingat kata-kata dari adinda Siti Fatimah, "ujian Allah s.w.t. ke atas diriku ini adalah setimpal dengan kemampuan aku", walaupun di hati kecil aku merasa amat sedih dengan apa yang terpaksa aku lalui tetapi aku tetap redha dan aku tetap pasrah kerana, "kesemua ujian dariNya adalah sebagai tanda Dia masih lagi sayang pada aku,dan inginkan aku lebih mengingati dan mendekatiNya, Alhamdulillah". Beberapa bulan yang lalu aku telah diuji olehNya apabila Doktor Pakar dari sebuah Hospital Swasta di bandar tempat aku tinggal telah mengesahkan bahawa suami aku mengalami masalah saraf yang mengakibatkannya merasa kebas-kebas di bahagian lutut hingga ke kaki dan dari bahagian siku hingga ke hujung jarinya....

Kemalangan - Hargailah Nyawa

Sejak akhir-akhir ini di media cetak dan media elektronik kita seringkali disajikan dengan berita kemalangan ngeri yang meragut nyawa. Sungguh menyedihkan dan memilukan bila mendengar nyawa melayang begitu saja akibat dari kelalaian dan kesilapan manusia. Apakah pemandu di negara kita sudah tidak berhemah? dan Adakah sesebuah nyawa itu sudah tidak ada nilainya lagi ataupun mungkin sudah tidak berharga. Kadang-kadang tatkala sedang memandu aku juga merasa seram melihat kekalutan pemandu-pemandu lainnya. Ada yang memandu begitu laju dan membahayakan dan ada juga yang sesuka hati memotong dari kiri jalan ataupun di selekoh tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Aksi tonggangan para penunggang motorsikal pula tak perlu di perdebatkan lagi, kebanyakkan penunggang remaja seringkali dapat di lihat menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Kadang-kadang aku terfikir mungkin pemandu-pemandu dan penunggang di negara kita ini sudah hilang sifat sabar mereka. M...

Heart Block

Aku memulakan hari ku hari ini dengan penuh rasa syukur di atas segala limpahan rahmat dan kasih-sayang Allah s.w.t. terhadap ku dan juga insan-insan yang aku sayangi. Aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bernafas dan melalui satu lagi hari di dalam hidupku..Alhamdulillah. Setiap kali selesai solat aku tidak pernah sekalipun lupa untuk memanjatkan doa ke hadrat Illahi agar diriku dan insan-insan yang aku sayangi sentiasa di pelihara Allah dengan dikurniakan umur yang panjang, rezeki yang melimpah-ruah dan kesihatan yang baik. Selain itu agar kami semua sentiasa menerima taufik dan hidayahnya dan sentiasa pula mendapat keampunannya. Hari ini aku agak sibuk juga di pejabat, tak tau dari mana munculnya task-task baru yang sememangnya tak ada dalam senarai untuk tugas aku hari ini tapi aku langsaikan juga kerana itu adalah amanah aku sebagai seorang pekerja. Dalam kesibukan itu tiba-tiba aku mendengar deringan dari telefon bimbit aku tapi aku biarka...

Penyakit Emosi

Pagi ini sewaktu sibuk membelek-belek e-mail yang diterima, tiba-tiba aku terpandang kepada satu artikel tentang EMOSI. Pada mulanya aku biarkan saja tapi akhirnya aku akur pada gerak hati untuk membaca artikel tersebut. Memang betul hidup kita seharian dilalui dengan pelbagai emosi yang silih berganti, seperti sedih, duka, keciwa, gembira, ceria, bahagia, marah, benci dan macam-macam lagi tak terhitung dek tangan. Bagaimana menangani masalah emosi ini bergantung kepada diri kita sendiri kerana orang yang disekeling kita cuma mampu untuk melihat dan mendengar tapi terserah kepada kita untuk bagaimana mengatasi setiap masalah yang berkaitan emosi ini, lagipun orang lain tak melalui apa yang kita lalui dan orang lain juga tidak melalui pengalaman dan perasaan yang sama. Sejak kebelakangan ini memang sering kita dengar tentang pelbagai tindakan yang kurang bijak diambil hanya kerana tidak mampu menangani masalah emosi yang terganggu ini. Sungguh menyedihkan bila melihat sebuah keluarg...

Eid Mubarak - Selamat Hari Raya Korban

Musim haji baru saja berlalu dan semoga para haji dan hajjah dari seluruh dunia mendapat haji yang mabrur dan selamat berangkat pulang ke negara masing-masing dengan keinsafan dan pengalaman baru Insyaallah. Tahun ini aku menyambut Aidil Adha di rumah mertua di Taiping dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, mereka juga melakukan ibadah korban pada hari raya pertama dan pada hari raya kedua pula pagi-pagi lagi aku dan keluarga telah bergegas pulang ke Sungai Petani kerana adindaku pula melakukan ibadah korban dan khenduri kesyukuran maka lebih meriah di Sungai Petani jika dibandingkan dengan di Taiping. Alhamdulillah khenduri dan semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan dengan izin Allah s.w.t Cutipun dah habis maka kembalilah aku ke pejabat dengan rutin seharian di pejabat.....'

Panggilan Haji - Insyaallah impian setiap muslimin dan muslimat

Musim haji telah tiba lagi.... Di televisyen, di radio, di dada akhbar malah buku-buku mengenai Haji begitu banyak sekali diperkatakan apabila tibanya musim haji. Aku pula paling gemar menonton siaran Astro Oasis - Khabar Haji yang dibawakan secara langsung dari Mekah. Begitu banyak informasi yang dikongsikan dalam rancangan tersebut malah ada pula slot-slot temuramah dengan bakal haji dan hajjah setiap hari....mereka kelihatan begitu gembira ataupun lebih tepat amat bersyukur kerana dapat menunaikan rukun Islam kelima ini. Walaupun sedih meninggalkan keluarga tetapi hampir kesemua melahirkan rasa syukur kerana dapat melihat dengan mata kepala sendiri keindahan bumi Mekah dan kehebatan Kaabah. Aku sendiri tak dapat hendak membayangkan bagaimanakah nanti perasaanku saat melihat Kaabah betul-betul di hadapan mata dan bagaimanakah pula perasaanku seandainya diizinkan Allah s.w.t mengucup Hajarulaswad....Marsyaallah tak dapat hendak aku bayangkan Ya Allah. Aku mengucapkan "Selamat ...

Jiran oh Jiran

Aku masih ingat sewaktu suami menyuarakan hasratnya untuk membeli rumah di tempat kediamanku sekarang akulah orang yang paling membantah dan memprotes sekeras-kerasnya. Alasan suami, tempatnya lebih bagus dan lebih 'quality living' jika dibandigkan dengan tempat tinggal kami Tetapi puteraku sangat menyokong kerana dia dapat bermain golf setiap hari dan si puteri pula gembira kerana hendak ke swimming pool pula. Aku pula sangat tak bersetuju kerana pada waktu itu rumah aku hanyalah 5 minit memandu dari rumah orang-tua aku dan bab menjamu selera tak perlu risau langsung sebab setiap hari ayah dan bonda akan masak lebih untuk kami sekeluarga dan boleh dikatakan aku memang jarang ke dapur sebab dah tahu kalau tak makan di rumah bonda di bandar Sungai Petani memang banyak restaurant dan kedai makan dan yang pasti perut tak akan kosong. Kadang-kadang nak menghabiskan lima kila beraspun mengambil masa yang agak lama. Iutlah untungnya pada pendapat aku tinggal berdekatan dengan bon...

Dengarlah Wahai Diary

Wahai dairy, maaf kerana mengetuk pintumu pada pagi-pagi ini....banyak perkara telah berlaku dan banyak pula kisah yang hendak aku kongsikan denganmu wahai diary. Wahai dairy engkau sentiasa menjadi teman yang paling memahami diriku setiap kisah suka, duka, gembira dan sediah past aku akan kongsikan denganmu dan engkau pasti mendengar dengan penuh minat dan engkau tak pernah menghampakan aku. Engkau pasti tertanya-tanya kenapa sejak beberapa hari yang lepas aku tidak mengetuk pintumu untuk bercerita padamu pengalaman yang aku lalui. Engkau tahu wahai dairy minggu lepas puteraku Irfan tiba-tiba demam dan aku telah menjemputnya dari sekolah, tak tahu kenapa tapi dia muntah-muntah dan suhu badan juga agak tinggi, sibuk menjaga si putera yang demam aku juga turut demam tapi Alhamdulillah cuma demam biasa saja so lepas bersedekah pada doktor yang memberikan aku ubat maka pulihlah aku dari demam. Engkau tahu wahai diary sebaik saja aku sembuh si puteri Aisyah pula demam dan muntah-muntah, ...

Pengalaman Ngeri - Cereka tulisan Nur Aisyah Asila

Pada petang itu,aku sendirian di rumah.Ketika aku asyik menyiapkan kerja sekolah,tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan yang bertalu-talu daripada pintu rumahku.Aku ingin mengetahui siapa yang mengetuk pintu rumahku lalu,aku mengintai di sebalik langsir rumahku. Aku terlihat dua orang lelaki hendak menjual barang kecantikan.Lali,aku keluar untuk membuka pintu dan membenarkan mereka berdua masuk.Setelah mereka masuk,aku menjemput mereka untuk duduk manakala aku pergi ke dapur untuk membuatkan mereka minuman. Setelah selesai membuat membuat minuman ,aku pun pergi ke ruang tamu sambil menatang gelas-gelas yang berisi minuman.Mereka minum minuman yang aku hidangkan kerana mereka kata mereka haus Sedang mereka minum air oren yang aku hidang,aku bertanya apa tujuan mereka datang ke sini.Setelah mnereka menyatakan tujuan mereka,aku berasa begitu terkejut dan tidak tahu hendak membuat apa-apa. Aku langsung tidak dapat menggerakkan kakiku seolah-olah kaki aku sudah dirantai.Aku barasa begi...

Ada Buku Dalam Diri Kita

"ADA BUKU DALAM DIRI KITA" - kata-kata indah ini aku petik daripada Subject E-mail Sdra Fauzul Naim Ishak yang aku terima semalam. Mula-mula aku agak kebinggungan juga apakah benar kata-kata ini "Ada Buku Dalam Diri Kita". Tetapi setelah selesai membaca e-mail beliau maka aku bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sdra Fauzul. Memang betul seperti kata beliau di dalam e-mail tersebut antara kata-katanya yang saya petik dan kongsikan di sini ialah:- "Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai perkara indah yang harus dikongsi dengan semua. Ia dipanggil PENGALAMAN. Pengalaman adalah amat dekat dengan keghairahan (passion) seseorang. Apabila seseorang itu menulis dengan ghairah, ia akan bercerita dengan hati yang ikhlas, bercerita dengan penuh prihatin dan melihat dengan fokus yang mendalam". Semoga petikan daripada e-mail Sdra Fauzul yang aku kongsikan di sini dapat dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin mula berjinak-jinak dengan ...