Skip to main content

Posts

Eid Mubarak - Selamat Hari Raya Korban

Musim haji baru saja berlalu dan semoga para haji dan hajjah dari seluruh dunia mendapat haji yang mabrur dan selamat berangkat pulang ke negara masing-masing dengan keinsafan dan pengalaman baru Insyaallah. Tahun ini aku menyambut Aidil Adha di rumah mertua di Taiping dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, mereka juga melakukan ibadah korban pada hari raya pertama dan pada hari raya kedua pula pagi-pagi lagi aku dan keluarga telah bergegas pulang ke Sungai Petani kerana adindaku pula melakukan ibadah korban dan khenduri kesyukuran maka lebih meriah di Sungai Petani jika dibandingkan dengan di Taiping. Alhamdulillah khenduri dan semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan dengan izin Allah s.w.t Cutipun dah habis maka kembalilah aku ke pejabat dengan rutin seharian di pejabat.....'

Panggilan Haji - Insyaallah impian setiap muslimin dan muslimat

Musim haji telah tiba lagi.... Di televisyen, di radio, di dada akhbar malah buku-buku mengenai Haji begitu banyak sekali diperkatakan apabila tibanya musim haji. Aku pula paling gemar menonton siaran Astro Oasis - Khabar Haji yang dibawakan secara langsung dari Mekah. Begitu banyak informasi yang dikongsikan dalam rancangan tersebut malah ada pula slot-slot temuramah dengan bakal haji dan hajjah setiap hari....mereka kelihatan begitu gembira ataupun lebih tepat amat bersyukur kerana dapat menunaikan rukun Islam kelima ini. Walaupun sedih meninggalkan keluarga tetapi hampir kesemua melahirkan rasa syukur kerana dapat melihat dengan mata kepala sendiri keindahan bumi Mekah dan kehebatan Kaabah. Aku sendiri tak dapat hendak membayangkan bagaimanakah nanti perasaanku saat melihat Kaabah betul-betul di hadapan mata dan bagaimanakah pula perasaanku seandainya diizinkan Allah s.w.t mengucup Hajarulaswad....Marsyaallah tak dapat hendak aku bayangkan Ya Allah. Aku mengucapkan "Selamat ...

Jiran oh Jiran

Aku masih ingat sewaktu suami menyuarakan hasratnya untuk membeli rumah di tempat kediamanku sekarang akulah orang yang paling membantah dan memprotes sekeras-kerasnya. Alasan suami, tempatnya lebih bagus dan lebih 'quality living' jika dibandigkan dengan tempat tinggal kami Tetapi puteraku sangat menyokong kerana dia dapat bermain golf setiap hari dan si puteri pula gembira kerana hendak ke swimming pool pula. Aku pula sangat tak bersetuju kerana pada waktu itu rumah aku hanyalah 5 minit memandu dari rumah orang-tua aku dan bab menjamu selera tak perlu risau langsung sebab setiap hari ayah dan bonda akan masak lebih untuk kami sekeluarga dan boleh dikatakan aku memang jarang ke dapur sebab dah tahu kalau tak makan di rumah bonda di bandar Sungai Petani memang banyak restaurant dan kedai makan dan yang pasti perut tak akan kosong. Kadang-kadang nak menghabiskan lima kila beraspun mengambil masa yang agak lama. Iutlah untungnya pada pendapat aku tinggal berdekatan dengan bon...

Dengarlah Wahai Diary

Wahai dairy, maaf kerana mengetuk pintumu pada pagi-pagi ini....banyak perkara telah berlaku dan banyak pula kisah yang hendak aku kongsikan denganmu wahai diary. Wahai dairy engkau sentiasa menjadi teman yang paling memahami diriku setiap kisah suka, duka, gembira dan sediah past aku akan kongsikan denganmu dan engkau pasti mendengar dengan penuh minat dan engkau tak pernah menghampakan aku. Engkau pasti tertanya-tanya kenapa sejak beberapa hari yang lepas aku tidak mengetuk pintumu untuk bercerita padamu pengalaman yang aku lalui. Engkau tahu wahai dairy minggu lepas puteraku Irfan tiba-tiba demam dan aku telah menjemputnya dari sekolah, tak tahu kenapa tapi dia muntah-muntah dan suhu badan juga agak tinggi, sibuk menjaga si putera yang demam aku juga turut demam tapi Alhamdulillah cuma demam biasa saja so lepas bersedekah pada doktor yang memberikan aku ubat maka pulihlah aku dari demam. Engkau tahu wahai diary sebaik saja aku sembuh si puteri Aisyah pula demam dan muntah-muntah, ...

Pengalaman Ngeri - Cereka tulisan Nur Aisyah Asila

Pada petang itu,aku sendirian di rumah.Ketika aku asyik menyiapkan kerja sekolah,tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan yang bertalu-talu daripada pintu rumahku.Aku ingin mengetahui siapa yang mengetuk pintu rumahku lalu,aku mengintai di sebalik langsir rumahku. Aku terlihat dua orang lelaki hendak menjual barang kecantikan.Lali,aku keluar untuk membuka pintu dan membenarkan mereka berdua masuk.Setelah mereka masuk,aku menjemput mereka untuk duduk manakala aku pergi ke dapur untuk membuatkan mereka minuman. Setelah selesai membuat membuat minuman ,aku pun pergi ke ruang tamu sambil menatang gelas-gelas yang berisi minuman.Mereka minum minuman yang aku hidangkan kerana mereka kata mereka haus Sedang mereka minum air oren yang aku hidang,aku bertanya apa tujuan mereka datang ke sini.Setelah mnereka menyatakan tujuan mereka,aku berasa begitu terkejut dan tidak tahu hendak membuat apa-apa. Aku langsung tidak dapat menggerakkan kakiku seolah-olah kaki aku sudah dirantai.Aku barasa begi...

Ada Buku Dalam Diri Kita

"ADA BUKU DALAM DIRI KITA" - kata-kata indah ini aku petik daripada Subject E-mail Sdra Fauzul Naim Ishak yang aku terima semalam. Mula-mula aku agak kebinggungan juga apakah benar kata-kata ini "Ada Buku Dalam Diri Kita". Tetapi setelah selesai membaca e-mail beliau maka aku bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sdra Fauzul. Memang betul seperti kata beliau di dalam e-mail tersebut antara kata-katanya yang saya petik dan kongsikan di sini ialah:- "Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai perkara indah yang harus dikongsi dengan semua. Ia dipanggil PENGALAMAN. Pengalaman adalah amat dekat dengan keghairahan (passion) seseorang. Apabila seseorang itu menulis dengan ghairah, ia akan bercerita dengan hati yang ikhlas, bercerita dengan penuh prihatin dan melihat dengan fokus yang mendalam". Semoga petikan daripada e-mail Sdra Fauzul yang aku kongsikan di sini dapat dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin mula berjinak-jinak dengan ...

Istimewa Untuk Kakak Kesayanganku - Hajjah Begum Ibrahim

Wanita istimewa ini hadir kedalam kehidupanku tanpa direncanakan tapi aku pasti perkenalan kami ini adalah atas perancangan dan takdir Allah s.w.t. Walaupun tuhan telah mempertemukan kami hanya di dunia cyber melalui yahoo mail tetapi persahabatan ini sungguh istimewa bagi diriku. Walaupun kami hanya berbual melalui Instant Messenger dan yahoo mail tetapi aku dapat merasakan insan istimewa ini hidupnya penuh dengan kasih-sayang. Aku memang dapat merasakan keikhlasannya yang sentiasa mencurahkan sepenuh perhatian, kemesraan dan kasih-sayang terhadapku. Setiap waktu tika berbual pasti kata-kata nasihat dan tunjuk-ajar yang tiada nilainya di berikan kepadaku dan aku tahu tunjuk-ajar yang diberikan ini tak mungkin dapat aku perolehi di mana-mana juga institusi pembelajaran di dunia ini kerana setiap nasihat itu adalah dari simpanan ilmunya sendiri dan dari pengalaman hidupnya sendiri dan dari pengalamannya mengendalikan kelas-kelas motivasinya anjurannya. Alhamdulillah kini usia ...

Kasih Sayang

Aku panjatkan rasa kesyukuranku ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana telah menganugerahkan aku sebuah keluarga yang bahagia. Seorang suami yang penyayang dan seorang putera dan puteri yang sentiasa menjadi permata di hatiku. Alhamdulillah Ya Allah...terima kasih di atas anugerah yang tak ternilai ini buat diriku. Semoga Engkau akan limpahkan kami sekelurga dengan limpahan kasih-sayangmu Ya Allah. Semoga Engkau kurniakan kepadaku kesabaran, ketenangan, kegembiraan, keceriaan, kesihatan yang baik dan juga kemewahan yang dapat aku manafaatku bagi membantu insan-insan yang memerlukan. Kurniakanlah Ya Allah kepadaku kepintaran supaya dapat aku kongsikan ilmu yang bermanafaat dengan insan-insan sejagat Ya Allah. Ya Allah walaupun pada saat ini ujian darimu ini aku rasakan terlalu berat untukku tetapi aku tetap bersyukur di atas setiap takdir yang telah Engkau tetapkan untukku tanpa rasa kesalan ataupun keluh-kesah. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui apakah yang terbaik bu...

Cereka tulisan puteriku Nur Aisyah

Sewaktu puteri kesayanganku ini menghabiskan cerekanya aku sudah mula merasa terlalu mengantuk lalu aku cuma menyuruhnya untuk 'tekan publish post' pada skrin komputer sahaja dan terus menuju ke kamar tidur kerana hari ini aku terasa begitu lelah sekali melakukan rutin seharian di rumah dan menemani suami menjalani latihan fisioterapinya di Pantai Hospital, terasa begitu nyenyak tidurku semalam. Pagi ini aku bangun dengan ungkapan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah memberikkan aku nikmat hidup sehari lagi dan bersyukur kerana aku masih bernafas dan sebaik sahaja selesai solat subuh pagi tadi terus saja aku onkan komputer dan melawat blog aku dan aku belek dan amati bait-bait ayat yang di coretkan oleh puteriku ini. Dalam hati aku berkata, "well not bad untuk permulaan, lagipun what to expect from a girl at the age of 11 years old" kerana inilah kali pertama dia menulis secara terbuka dan berbisik di hati kecilku, rupanya puteriku ini mempunyai bakat juga dalam ...

Pengalaman Pahit - Cereka tulisan Nur Aisyah Asila

Walaupun aku masih belajar dan bertaktih untuk menulis namun aku menggalakkan puteri bongsu aku untuk menjinakkan diri dalam bidang penulisan kerana dia menyimpan impian untuk menjadi penulis terkenal seperti J.K.Rowling, penulis remaja terkenal dengan siri Harry Potter. Boleh dikatakan hampir kesemua siri terbitan Harry Potter telah dibeli dari wang sakunya dan telah dibaca beberapa kali olehnya. Ummi ucapkan "selamat menulis untuk adik" dan semoga impian akan menjadi kenyataan. Selalu yakin dan percaya pada kemampuan diri sendiri, seperti kata-kata angakasawan kita kalau tak silap aku begini bunyinya "what you believe you can achieve" Beginilah hasil tulisan puteriku Nur Aisyah Asila untuk tatapan pengunjung blog aku ini:- Pada petang itu,ibu menyuruh aku ke kedai untuk membeli ubat batuk.Ketika itu,hujan turun rintik-rintik.Aku mempercepatkan langkah kakiku.Semasa tiba di persimpangan jalan,aku berasa sesuatu perasaan yang aneh. Aku terlihat seperti sat...

Sharing of Beautiful Quotes

Tak tau apa yang hendak diloretkan di dada blog ini, terasa terlalu banyak yang hendak dicoret dan dikongsikan di sini tapi idea macam berterabur dan berkecamuk saja di benak minda. Kerana kebuntuan, rasanya, biarlah kali ini aku hanya berkongsi kata-kata indah yang aku terima melalui e-mail untuk di kongsikan di sini, antaranya ialah:- "May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep yu human, enough hope to make you happy" "Always put yourself in others' shoes, If you feel that it hurts you, It probably hurts the other person,too" "The happiest of people don't necessarily have the best of everything, they just make the most of everything that comes along their way" "The brightest future will always be based on a forgotten past, You can't go on well in life until you let go of your past failures and heartaches" "Dream what you want to dream, Go where...

Semangat Baru......Tahniah untuk Diriku

Syukur Alhamdulillah akhirnya semangat baru telah meniup ke dalam diri aku. Bukan sesuatu yang mudah untuk mengeluarkan diri dari kepompong selesa dan memulai sesuatu yang baru. Dua hari lepas sewaktu aku surfing internet untuk mencari idea dan maklumat mengenai penulisan aku telah ditakdirkan Allah s.w.t untuk click pada blog yang telah berjaya menyuntik semangat baru untuk diriku. Beberapa artikel pada blog tersebut yang menarik minat aku telah aku amati dan baca, aku cuba cuba fahami akan mesej yang cuba disampaikan kepada pembaca blog tersebut dan selepas merenung sejenak maka aku amat bersetuju dengan pemilik blog tersebut dan ianya memberikan aku semangat untuk mula menjinak-jinakkan diri dengan penulisan. Aku pernah bertugas di salah sebuah syarikat akhbar terkemuka di Pulau Pinang dan semenjak itu pernah menyimpan hasrat untuk menjadi penulis bebas satu hari nanti tetapi impian tersebut hanya tinggal impian sehinggalah aku berumahtangga dan bekeluarga. Sibuk dengan urus...

Hargailah Masa Sihatmu

Aku sering mendengar orang memberi kata nasihat "jagalah kesihatan" dan aku sendiri bila mendengar ungkapan kata-kata tersebut hanya menganggap ianya hanyalah ungkapan biasa penyedap kata-kata di akhir sebuah perbualan dan kebiasaannya ungkapan tersebut tidak begitu diberikan perhatian yang serius. Sepanjang minggu lepas aku dan keluarga menerima ujian daripada Allah s.w.t apabila kesihatan suami aku agak menurun. Suami telah merahsiakan daripada aku sejak beberapa minggu yang lepas keadaannya yang mengalami kebas-kebas di kedua-dua bahagian tangan dan kakinya. Pada cuti hujung minggu lepas secara tiba-tiba dia mengajak aku menemaninya ke Pantai Hospital di Sungai Petani dan aku terkejut bila mendengar dia memberitahu Doktor bahawa sudah tiga minggu dia mengalami keadaan ini. Setelah ujian darah, x-ray dan MRI di buat maka seperti yang kami jangkakan ianya adalah berpunca daripada tulang di bahagian tengkok yang pada pendapat doktor yang pernah merawat suami aku mungkin ...

Berakhirnya Syawal - Meriah Juga Open House Aku

Telah genap sebulan umat Islam di seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Hari kemenangan manusia melawan hawa nafsu di siang hari dan menambah pula amal-ibadat di malamnya. Seperti kebiasaannya di bulan syawal yang mulia ini rakan-rakan dan sanak saudara mengadakan rumah terbuka dan boleh dikatakan hampir setiap hari jemputan diterima dan berat badan yang telah menurun satu - dua kilogram semasa puasa kembali naik seperti dipam-pam saja. Walau bagaimanapun tradisi rumah terbuka ini patut diteruskan kerana ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama Islam amnya dan masyarakat lain-lain agama khasnya. Begitulah kemeriahan Syawal yang dinanti dan di sambut pada setiap tahun. "Selamat Hari Raya Aidl Fitri"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sudah begitu lama aku tidak punya kesempatan untuk menulis di blog ini. Terlalu sibuk dan ada ketikanya bila ada kelapangan tapi idea pula tidak mengalir dengan baik. Begitu pantas masa berlalu, kini telah hampir 2 minggu umat Islam merayakan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Yang pasti gembira menyambut lebaran ini tentulah anak-anak. Gembira mendapat pakaian baru, gembira mendapat duit raya dan gembira pulang ke kampung. Bagi kita ibu-bapa mungkin hanya gembira pulang ke kampung dan berkumpul bersama sanak-saudara yang mungkin telah lama tak bersua. Pada tahun ini aku menyambut lebaran di Kedah bersama keluarga aku dan kemudiannya barulah kami pulang ke Taiping rumah mertua. Aku dapat merasakan suasana hari raya pada kali ini tidaklah semeriah seperti pada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin semakin usia meningkat maka kemeriahan semakin kurang dirasai. Walau bagaimanapun kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Bat...

Lumut - Bandar yang menggamit ketenangan

LUMUT. Pada musim cuti sekolah yang lepas aku dan suami telah membawa putera dan puteri kami ke Lumut. Sebetulnya kami pada mulanya merancang untuk menghabiskan cuti di Taiping aje rumah mak mertua aku, maklumlah kadang-kadang kami jarang dapat menghabiskan waktu bersama-sama kedua ibu dan bapa mertua aku tu. Tiba-tiba saja secara spontan idea ke Lumut muncul dan suami akupun mengiyakan saja, jadi diapun mempelawa abang sulongnya untuk bersama-sama kami ke Lumut memandangkan kakak iparnya juga sedang bercuti dari kursus di Ipoh. Sebetulnya dah lama juga aku dan keluarga tidak ke Lumut jadi teruja jugalah melihat pembangunannya, lebih-lebih lagi di persisiran jeti ke Pulau Pangkor. Aku memang gemar sekali dapat berjalan di persisiran laut di bandar Lumut itu sambil melepak di tembok yang di bina di sepanjang jalan yang menghadap ke laut lepas, terasa aman dan damai. Indah sekali ciptaan ALLah swt. Pada aku bandar Lumut ini amat sesuai jika di jadikan tempat tinggal sete...

Can We Be A Friend or Best Friend To Our Ex

Pagi ini sewaktu memandu ke tempat kerja seperti biasa aku akan mendengar siaran dari Lite & Easy. Aku gemar mendengar topik-topik menarik yang diutarakan setiap pagi dan pada pagi ini kedua-dua penyampai radionya mengajak pendengar berbincang tentang topik di atas. Response pendengar agak baik juga dan dapat di dengar kebanyakan yang mengutarakan pendapat mengatakan "TIDAK" dan hanya beberapa pendengar saja yang mengatakan "YA". Bagaimana pula dengan ANDA....adakah "YA" atau "TIDAK" ? Untuk diri aku dan berpaksikan pendapat peribadi aku dan juga dari pengalaman peribadi aku sendiri. Jawapannya ialah "TIDAK". Pada aku selagi kita insan bergelar manusia yang punya hati dan perasaan...situasi begini tidak semudah yang di ungkapkan. Bak kata pepatah Inggeris, "it is easier to say than done". Aku pernah melalui situasi ini dan ternyata ianya tidak mudah seperti yang disangkakan. Walau bagaimanapun demi menjaga hati semu...

Musim Buah-buahan @ Musim Sakit

Durian, Rambutan, Maggis, Dokong dan Cempedak adalah di antara buah-buahan tempatan yang banyak di jual di pasar-pasar malam, di tepi-tepi jalan, warung, kedai dan juga pasaraya besar. Seperti kebiasaannya bila tiba saja musim buah, maka ramailah yang mula sakit-sakit seperti demam, batuk dan selsema. Pada waktu ini jika kita ke Klinik pasti kita akan dapati kebanyakkan pesakit yang mengunjungi Klinik adalah kerana sakit-sakit yang aku sebutkan di atas. Aku sendiri minggu lepas mc 3 1/2 hari, demam dan semua joints begitu sakit dan lenguh-lenguh. Ada kawan yang mengusik, "entah-entah H1N1". Huuuh minta selisih, nanti tak pasal-pasal kena kuarantin seminggu. Bermula dengan aku kemudian mulalah merebak kepada ahli keluarga aku yang lain. Penyakit datang bukannya kita yang minta, betul tak? Tapi Alhamdulillah sekarang aku dah ok. Aku kadang-kala merasa musykil juga kerana, kalau dulu kita makan ubat serta antibiotik pasti kita akan sembuh tapi sekarang yang ganjilnya ka...

I PROMISE MYSELF : By Christian D Larson (optimists creed from The Secret)

I PROMISE MYSELF To be strong that nothing can disturb my peace of mind To talk health, happiness and prosperity to every person I meet To make all my friends feel that there is something worthwhile in them To look at the sunny side of everything and make my optimism come true To think only of the best, to work only for the best and to expect only the best To be just as enthusiastic about the success of others as I am about my own To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future To wear a cheerful expression at all times and give a smile to every living creature I meet To give so much time to improving myself that i have no time to criticize others To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear and too happy to permit the presence of trouble To think well of myself and to proclaim this fact to the world not in loud words, but in great deeds To live in the faith that the whole world is on my side, so long as I a...